Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 14 Dis 2017
Versi 8.0.2c
 
Perutusan SetiausahaPerutusan Setiausaha

[ Perutusan < Perutusan Setiausaha ]

 

 

 

 


Pertama kali, di sini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung, di atas kesudian para pengunjung melayari laman rasmi Majlis Daerah Maradong dan Julau. Di sini juga, saya amat berterima kasih dan mengucapkan syabas kepada semua pegawai dan anggota kerja Majlis Daerah Maradong dan Julau khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam menjayakan laman rasmi Majlis ini.

       Dalam mengharungi era globalisasi kini, kita sentiasa dituntut untuk meningkatkan ilmu pengetahuan selari dengan perkembangan semasa khasnya dalam bidang teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sejajar dengan seruan Ketua Menteri Sarawak, Majlis Daerah Maradong dan Julau telah membuat portal ini untuk merealisasikan "Kerajaan Elektronik".

         Dengan komitmen dan usaha gigih yang berterusan, Majlis Daerah Maradong dan Julau telah dianugerahkan Persijilan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2015 pada 15 Oktober 2016. Dengan perkembangan seperti ini kami di Majlis ini sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang efisyen kepada semua pelanggan dan menanam budaya kualiti kepada semua warga penduduk di bawah pentadbiran Majlis Daerah Maradong dan Julau.

         Dengan wujudnya laman web rasmi Majlis ini, masyarakat akan mengetahui peranan dan tugas serta visi dan misi Majlis ini dengan lebih dekat lagi. Saya juga berharap maklumat, perkembangan serta peristiwa yang berlaku di Daerah Meradong, Julau dan Pakan ini dapat disampaikan secara terus kepada orang ramai walau di mana mereka berada sekalipun. Selain itu, diharap masyarakat dan kakitangan awam, swasta dan NGO dapat merasakan hubungan yang mesra dan erat dijalinkan melalui jaringan teknologi maklumat ini selaras dengan dasar kerajaan mewujudkan "e-government" bagi mencapai K-ekonomi dan K-society serta Wawasan 2020.

          Akhir sekali, saya berharap mudah-mudahan segala maklumat yang dibekalkan dan dimuatkan dalam laman web rasmi Majlis ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak. Seterusnya menjadi wadah penjana minda bangsa Malaysia.

Sekian, terima kasih.



'BERSATU BERUSAHA BERBAKTI'

"AN HONOUR TO SERVE"

 

Encik Wan Mahmad Bin Wan Badhi,
Setiausaha.




                                                   'ALAM SEKITAR DAN PEMBANGUNAN KEUTAMAAN KAMI'