Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 20 Okt 2017
Versi 8.0.2c
 
Bendera MDMJBendera MDMJ

 

BENDERA MDMJ

 

 

 

(1)   PENERANGAN RINGKAS:


Bendera MDMJ telah dicipta dan dibuat dengan mengambilkira semua aspek, ciri-ciri sosial dan budaya tempatan dan juga tidak mengenepikan sensitiviti Masyarakat setempat. Tiga(3) kategori utama Masyarakat di bawah pentabdiran Majlis Daerah Maradong dan Julau adalah Melayu, Cina dan Iban. Sungguhpun demikian, terdapat juga kaum minoriti yang lain yang tinggal di Daerah  pentadbiran Majlis Daerah Maradong dan Julau.


Majlis Daerah Maradong dan Julau(MDMJ)  adalah merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang mentadbir tiga(3) kawasan ataupun daerah; iaitu Daerah Meradong, Daerah Julau dan Daerah Pakan dan di setiap daerah berkenaan pula mempunyai  seorang Pegawai Daerah untuk mentadbirkan kawasan/ ataupun daerah tersebut.


Pihak Majlis Daerah Maradong dan Julau  adalah bertanggungjawab terhadap ketiga-tiga(3) Pegawai Daerah berkenaan. Pihak MDMJ tidak akan terlepas daripada menyertai Program dan Aktiviti yang dilaksanakan di kawasan-kawasan berkenaan.  Semua perkhidmatan Majlis Daerah Maradong dan Julau adalah tertumpu kepada kawasan Meradong, Julau dan Pakan. Pihak MDMJ akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua komuniti di kawasan-kawasan berkenaan.


Segala apa keperluan dan kehendak Komuniti yang berada di ketiga-tiga kawasan berkenaan perlu diberi perhatian oleh pihak MDMJ; dan jika ada kemampuan, perlu dibantu bersama-sama dengan agensi-agensi yang lain.



(2)   MAKSUD LAMBANG PADA BENDERA:



(i)                 LOGO MAJLIS

  • Logo Majlis Daerah Maradong dan Julau adalah berlatarbelakangkan bendera Sarawak yang terkini.

  • Warna-warna yang ada pada Logo tersebut adalah warna bendera Sarawak dengan Bintangnya yang berwarna kuning di tengahnya. Dan warna-warna tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri.

  • Terdapat lambang dua tangkai padi di kiri kanan logo MDMJ merupakan tanaman utama dan juga pekerjaan utama masyarakat di kawasan MDMJ pada suatu ketika dahulu.

  • Dua helai daun Lada yang menutupi Bintang pada bendera Sarawak tersebut juga merupakan tanaman utama masyarakat Cina dan Iban pada masa dahulu dan kini merupakan tanaman komersial yang kekal sehingga kini.

  • Sebatang Pengayuh di tepi kiri Logo MDMJ merupakan lambang untuk pengangkutan di kawasan MDMJ pada suatu masa dahulu, di mana penggunaan sungai-sungai amat diperlukan untuk ke suatu destinasi yang hendak dituju.  Keadaan ini berlaku pada era sebelum pembangunan jalanraya dilaksanakan di kawasan MDMJ.


(ii)               TIGA GELUNG MENGELILINGI LOGO


Tiga gelung Biru, Putih Dan Merah yang mengelilingi Logo MDMJ mewakili komuniti di ketiga-tiga Daerah yang di bawah pentadbiran Majlis Daerah Mardong dan Julau.

  • Warna Biru -  mewakili komuniti di Daerah Meradong
  • Warna Putih -  mewakili Komuniti  di Daerah Julau
  • Warna Merah – mewakili Komuniti di Daerah Pakan.


(iii)             TIGA JALUR HIJAU, MERAH DAN HITAM

 

Tiga Jalur yang ada pada Bendera MDMJ adalah mewakili Tiga(3) Masyarakat Utama yang tinggal di tiga(3)kawasan ataupun daerah yang ditadbir oleh Majlis Daerah Maradong dan Julau;  iaitu Meradong, Julau dan Pakan.


  • Warna Hijau – mewakili Masyarakat Melayu, Melanau, dsbnya.

( Ianya juga melambangkan Kehijauan Alam, Ketuhanan, “Faith, Purity; Service with Sincerity And Integrity”  yang menjadi hasrat dan amalan pihak MDMJ )


  • Warna Merah – mewakili Masyarakat Cina dan berbagai bangsa Cina yang ada.

( Ianya juga melambangkan Kekayaan Ekonomi, “Prosperity, Prestige, Wealth, Wisdom” dan Kesejahteraan Komuniti )


  • Warna Hitam -  mewakili Masyarakat Iban dan berbagai bangsa Iban yang ada.

( Ianya juga melambangkan Keberanian, “Authority, Strength, Elegance, Complexity & Formality”  dalam masyarakat di kawasan MDMJ )

 Berteraskan slogan dan moto;


BERSATU BERUSAHA BERBAKTI

AN HONOUR TO SERVE




(iv)              WARNA LATAR KUNING

 

Warna Kuning merupakan warna latar Bendera MDMJ.

Warna Kuning juga merupakan warna di Raja yang juga memberi makna bahawa PBT-Majlis Daerah Maradong dan Julau adalah sebuah PBT yang bernaung di sebuah Negeri(Sarawak) serta di sebuah Negara(Malaysia) di bawah Raja berPerlembagaan.




[Reka Bentuk dan Ilham: Wan Mahmad Bin Wan Badhi pada Tahun 2017]