Permohonan Pelan Bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan
kepada agensi luar/seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh (14 hari) bekerja.
Pelan Bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak
melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
”Occupation permit“ hendaklah dikeluarkan dalam tempoh (2) hari bekerja.
100% jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa.
Merancang program dam aktiviti perpustakaan secara tahunan dan dilaksanakan dalam tahun semasa.
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga |3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan pelanggaran undang-undang.
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk/badan bukan
kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dilaksanakan lapan puluh lima (85)
dalam tahun semasa.
Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Majlis.
Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh Sembilan puluh (90) hari bekerja.
Semua bil cukai taksiran dihantar satu (1 bulan) sebelum tarikh akhir pembayaran
yang diwartakan.
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dan status pelaksanaan
tindakan ke atas aduan tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh akhir aduan diterima.