Announcement

 

EARTH HOUR

Posted on 17 Mar 2026
Program Earth Hour 2026 –” Matikan Lampu Nyalakan Harapan”

Kepada individu, komuniti, dan perniagaan untuk memadamkan lampu elektrik yang tidak diperlukan selama 60 minit. Tindakan ini melambangkan komitmen kolektif terhadap penjagaan planet bumi dan pengurangan jejak karbon.

Tarikh : 28 Mac 2026 ( Sabtu)
Masa  : 8:30 p.m - 9:30 p.m

Program Earth Hour merupakan sebuah inisiatif global yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan pemuliharaan alam sekitar. Ianya diadakan pada sabtu terakhir pada bulan Mac setiap tahun untuk menandakan sokongan terhadap pengurangan karbon. 

Dengan mengadakan program ini ianya dijangkan dapat :
* Perubahan iklim semakin kritikal 
   Peningkatan suhu global, cuaca ekstrem, dan pencemaran menuntut tindakan segera daripada semua lapisan masyarakat.             
•Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan 
Penggunaan tenaga yang tidak terkawal menyumbang kepada pembaziran sumber dan pencemaran alam.      
•    Pendekatan simbolik yang berimpak besar
Earth Hour adalah tindakan simbolik yang mudah tetapi berkesan untuk menarik perhatian global terhadap isu alam sekitar